BACKGROUND

Monday, April 26, 2010

COOLABABY CLOTH DIAPERS


KRITERIA PEMILIHAN CLOTH DIAPERS


Pemilihan CD boleh berpandukan beberapa kriteria di bawah.

1. CLOSURE

ada 2 jenis, snap button dan velcro.pemilihan bergantung pada keselesaan ibu dan anak. ramai memilih velcro kerana mudah dipakai. boleh refer bacaan 
CD Velcro vs CD Snap Button

Apa itu CD snap button?



CD snap button adalah CD yang mempunyai ciri-ciri butang katup pada bahagian lekatan CD pada pinggang anak anda. ada ibu-ibu yang gemarkan CD yang mempunyai ciri2 snap button atas sebab-sebab tertentu.. terdapat pelbagai jenama CD yang menggunankan snap buton namun yang ekonomikal dan pasti ada dalam koleksi ibu2 yang berCD semestinya dari jenama Coolababy.

KELEBIHAN:

1. Bila pakai snap button, CD ni kuat melekat kat badan anak.
2. Susah untuk anak membukanya. 
3. kalau jenama coolababy yang saya pakai sekarang, butangnya sangat kuat. 
4. In case kalau butang tertanggal, boleh modified CD guna velcro tape. mana nak dapatkan? ada dijual di kedai2 yang jual barang2 jahitan, kraftangan. macam2 warna ada.

KELEMAHAN.
1. kadang2 bila samapai satu tahap di mana bila pinggang anak membesar  kita susah nak ejas pilihan button mana yang nak snap. kadang2 terlalu ketat dan kadang2 telalu longgar. harap2 ini tak berlaku pada anak2 anda ye.

2. bila nak cepat, dan anak pulak nak bernalik sana sini, susah nak pakaikan bila guna jenis snap button, tapi itu small problem je..bagi je mainan, ha.. dok diam la anak tu.


Apa itu CD VELCRO?
CD yang dalam gambar di atas ni pula adalah CD yang mempunyai kemasan VELCRO pada bahagian pinggang. Ada yang menamakannnya magic tape. namun biasanya jika ada pelanggan yang bertanyakan apa itu velcro, dalam bahasa yang mudah dan senang di fahami, saya terangkan velcro ni macam pelekat kasut sekolah budak. sama je kan? 



KELEBIHAN

1. CD velcro ni senang nak di pakaikan pada anak. 
2. kalau velcro nya dah tak brapa nak melekat, boleh modified ganti velcro tape baru.
4. bila anak pakai, nampak kemas dan tersusun di pinggang nya itu.

KELEMAHAN

1. mesti ada laundry tab, kalu tak nanti benang2 dan sebagainya akan melekat pada velco tape semasa di basuh guna mesin basuh.
2. bila anak2 dah besar sikit mula la nak bukak sendiri CD tu..oh tidak!! bagaimana nak atasi? senang saja..pakaikan seluar kat anak, takde la dia nak meraba2 nak buka tape tu..ibu2 semua kan cerdik dan kreatif. gunakan kreativiti itu.

*************************************************************************


2. MATERIAL

CD terbahagi kepada 3 bahagian iaitu outer, inner dan insert.

i) outer adalah bahagian permukaan luar pada pocket pant. ada yang dari jenis PUL (spt Coolababy, Wuddah, Babyland, Crazymomy plain, QQbaby Plain). kebanyakan brand CD adalah menggunakan PUL.

selain itu ada yang dihasilkan dari material Minky(ini yang terbaru) Material minky seakan akan baldu(berbulu lembut)..lembut saja bila disentuh.Cd dari fabrik minky adalah Crazy momy safari, crazymomy valentine adan QQbaby minky.

ii) inner adalah bahagian dalam pocket pant. material yang digunakan adalah seperti microfleece, microsuede/ suede cloth dan bamboo. semua material ini adalah menyerap basahan tanpa bayi merasa basah. kira bontot baby akan kering.

brand yang guna mircofleece adalah Coolababy, Babyland Printed, Crazy Momy Safary Minky.
brand yang guna microsuede/ suede cloth adalah QQbaby plain, QQbaby Minky.
brand yang guna Bamboo adalah Wuddah bamboo, Crazymomy Valentine dan Dyana CD.

Yang menarik tentang fabrik bamboo, ia sesuai untuk kegunaan baby yang alahan pada microfleece (baby mengalami ruam jika memakai microflece), dimana fabrik bamboo dihasilkan dari gentian buluh dan ia bersifat semulajadi. dan bamboo boleh bersentuhan secara terus dengan kulit baby tetapi microfiber tidak boleh bersentuhan terus dgn kulit baby, Kenapa? boleh baca pada perenggan insert. Ramai pelanggan saya suka dengan bamboo walaupun agak mahal, namun berbaloi.

iii) insert adalah sekeping kain yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan yang dijahit bersama. insert yang ada di medai store adalah dari jenis microfiber, bamboo dan hemp.

normalnya majoriti CD dibekalkan dengan 2 insert microfiber. 

microfiber insert adalah 3 lapisan material microfiber yang dijahit. microfiber sangat menyerap basahan. perlu diingatkan, jangan sesekali meletakkan microfiber secara terus kepada kulit baby. sebabnya ia akan meyebabkan dehidrasi kerana sifatnya yang sangat menyerap basahan. untuk insert bamboo jenama wuddah, ia boleh dibeli secara berasingan dan yang menariknya insert bamboo wuddah mempunyai 4 lapisan (3 lapisan microfiber dan 1 lapisan bamboo) jadi bahagian lapisan bamboo boleh bersentuhan dgn kulit bayi.

jenis kedua adalah bamboo. insert bamboo mempunyai kebolehan menakung basahan 8 kali ganda berbanding microfiber (microfiber serap tapi tak menakung). dan untuk kesan yang lebih baik, pemakaian CD di gabungkan antara insert bamboo dan microfiber. Bagi saya, saya letakkan microfiber dalam poket dan bamboo di atas inner. sesuai untuk dipakai pada waktu malam dan untuk baby jenis heavy wetter.

insert ketiga adalah dari material hemp.fungsinya sama seperti bamboo. hemp dihasilkan oleh gentian hemp.

seeloknya, selepas membeli insert hemp dan bamboo, perlu di pre wash sebabyak 7 kali, dan basuha pertama menggunakan air suam bagi mengeluarkan minyak2 dari tumbuhan tersebut supaya serapan lebih maksimum. jadi tiada masalah nocor jika di prewash dengan sempurna.



*************************************************************************

3. PLAIN/CORAK

pemilihan pembelian CD juga bergantung pada selera pengguna, samada ingin CD yang plain (berwarna) atau jenis bercorak. sekarang sudah menjadi trend untuk memakaikan cd bercorak sbb napak cantik dan ada kelainan.



*************************************************************************

4. HARGA

harga berlainan pada setiap jenama adalah bergantung pada material yang digunakan. sekiranya menggunakan material seperti PUL,microfleece atau microsuede, harga adalah lebih murah berbanding CD yang dihasilkan dari material minky atau bamboo.

ketetapan harga juga adalah seperti yang ditetapkan oleh supplier. jadi terpulang pada pengguna untuk mendapatkan apa yang diinginkan bersesuaian dengan belanja yang ada. sesetengah pengguna ingin memperoleh kelainan walaupun berbeza harga. itu seronoknya berCD. 




*************************************************************************

5. SAIZ

CD yang ada di medai store semuanya adalah onesize, boleh ditetapkan dari saiz S,M dan L. untuk CD Wuddah Velcro dan Dyana CD, ia boleh dilaras sehingga saiz XL. untuk newborn semua CD sesuai dan perlu dilaras pada saiz S. 




*************************************************************************




6. INFO

Pemakaian CD lebih menarik dan mudah jika pada atas inner, dilapikkan nappy liner. jadi jika baby poo poo, hanya eprlu buang nappy liner dan lebih mudah untuk menanggalkan kesan poo poo pada inner. bagi newborn, pemakaian  nappy liner adalah digalakkan kerana newborn baby kerap poo poo dalam jumlah yang sedikit. selepas nappy liner di buang, jika inner masih bersih, maka CD tersebuat boleh digunakan kembali.

No comments:

Post a Comment